Saturday, 20 October 2012

MAHAR ku ntuk MU..

ALHAMDULILLAH..syukur ke hadrat Mu YA ALLAH, terima kasih kerana Engkau memberikan aku taufik-Mu untuk aku kuat bertapak di jalan ini..

Almost a week..aku sendiri tak tau how to describe my feeling, what I feels inside..tenang, bahagia, sebak, hati aku sayu..

Bermulanya semua ni dengan satu peristiwa..yang hanya aku perlu tau..entah kuasa apa yang menguatkan aku, aku tekad..dalam hatiku berkata “eqa, you should change starting from now!”..dan malam tu, aku iron sepasang baju kurung berwarna merah, aku ambil semula tudung bidang 55 yang dah lama aku beli tapi tak pernah aku berani pakai..siap iron semua, aku ambil wudhuk, baca doa, dan tidur dalam zikrullah..




 Bangun keesokan hari, aku seolah2 seperti bermimpi..aku fikir, eh betul ke aku ni? Sekali aku melangkah, aku tak boleh berpatah balik..ahhh tak, aku tekad dan takkan berpaling lagi..lepas solat subuh, aku sarungkan baju kurung seperti biasa, dan part paling aku rasa nak menangis……..aku sarungkan tudung labuh tu ke kepala..ALLAHURABBI..aku seperti lihat seorang Zulaikha yang baru..mungkin tak cantik bagi mata orang lain, tapi cantik pada pandangan Allah..tertutup, tak ada satu aurat pun yang terdedah..aku tahu, Allah suka Zulaikha yang ini berbanding dulu..

 



Sejujurnya, kadang2 aku rasa macam nak turn back..billa tengok banyak baju2 fesyen yang baru2 dan cantik2 aku beli, tudung2..kalau di kira, maunya beribu ntuk semua tu..tapi, biarlah..makin aku fikir, makin hatiku kuat berkata “no, ini yang kau nak eqa, ini yang Allah redha”..pahala yang akan aku peroleh, lebih jauh besarnya di akhirat kelak berbanding nikmat dunia yang sementara ni..

Masuk lab, senior2 Master and Phd pandang..tapi aku buat tak tahu je..kikiki..dalam diam, aku nampak mereka tersenyum..tapi satu benda yang buat aku rasa nak gelak, 3hari aku bertudung labuh, ma TAK PERNAH PERASAN!..haha..hadui..aku pergi UM, dia tengah solat sunat, aku balik UM, dia tengah sibuk masak..jadi memang takkan perasan..suatu malam tu kami keluar makan, baru dia perasan..tapi dia senyap, hanya pandang aku..pagi keesokan harinya, aku terjaga awal pagi, jam 3 lebih..aku nampak ma solat tahajjud, menangis..ini je aku mampu, jadi anak solehah buat ma dan abah..walau dia tak pernah berkata, tapi aku tahu, dia sangat gembira..:)

Satu sebab yang buat aku tekad sebenarnya, aku ingin redha Allah ntuk diri dan jaga diri hanya ntuk insan bergelar suami..diri ini, hanya perhiasan ntuk suamiku kelak..mahkota diri ini, hanya boleh dilihat oleh suamiku SAHAJA..akan aku jaga dengan rapi, hanya ntuk dia..aku tidak boleh merubah dia, tapi aku boleh merubah diri sendiri ntuk jadi yang terbaik buat dia..


Aku berubah bukan ntuk sesiapa, hanya ntuk Allah..cukuplah pandangan Allah, aku tak memerlukan pandangan makhluk lain, yang tiada apa kelebihan pun berbanding aku, yang hanya sama diciptakan oleh Dia..hidup ni tak lama, mungkin esok lusa aku akan pergi..sekurang2nya aku telah ikut satu suruhan dia, cuba menjadi wanita solehah..wanita cerdik yang solehah, impian aku..moga Allah permudahkan jalan ini dan aku mampu istiqamah dalam penghjrahan ini..:)




Inilah MAHAR ku ntuk MU TUHAN, atas segala nikmat yang Engkau kurniakan selama ini..terima kasih kerana Engkau memilih ku, kerana Engkau mengetuk pintu hati ini..

Peluklah hatiku ya Rabb,


Terima kasih..........


Sunday, 26 August 2012

Bertemu di Syawal..

Bismillah...

Alhamdulillah, lagi sekali Allah benarkan aku menikmati suasana hari raya, bergembira bersama yang tersayang..dan paling penting, dapat 'bersama' Ramadhan lagi tahun ni..syukur..wajah2 ceria di pagi Syawal..:)



Kenangan di petang Syawal..

    with ma tersayang yang tak suka bergambar n tak pernah nak senyum bila ambil gambar..selalu kena ambil curi2..haisyh..and my sibling..


Syukur lagi sekali, sebab raya tahun ni kami sempat pergi beraya di rumah adik arwah abah, ayah Jah & maksu di Jerteh, Terengganu..semua anak2 dan cucu2 abah dapat hadir..Allah, moga Kau satukan hati2 kami dan eratkan silaturrahim yang terjalin antara kami walau abah tiada di sisi kami lagi..

 ma & adik2 ipar & biras


Keluarga besar Tuan Mohd Yusof Mohd Nor


A few pictures taken,

Anak-anak oteh yang comel2 blake..:)


 Menikmati nasi dagang Ganu kite..;p







To the outside world we all grow old. But not to brothers and sisters. We know each other as we always were. We know each other's hearts. We share private family jokes. We remember family feuds and secrets, family griefs and joys. We live outside the touch of time.
SALAM AIDILFITRI 2012 ~ EQA ZULAIKHA YUSOF..^^


Tuesday, 7 August 2012

Fitrah Hamba



Akhir-akhir ni aku kerap bermusafir, bukan pergi ke luar, tapi perjalanan ke dalam diri ku sendiri.  Aku meneroka hidup yang aku jalani sejak aku di lahirkan, hingga usia mencecah 22 tahun ni.  Dan akhirnya, satu soalan aku timbulkan pada diri sendiri, KENAPA? Kenapa aku melakukan semua yang pernah aku lakukan sepanjang aku hidup ni.

Berkali-kali Allah berikan petunjuk untuk aku dekat pada-Nya.  Untuk menyintai Allah dengan sebenar-benar cinta, mengutamakan pandangan Dia melebihi pandangan hamba-hambaNya.  Bukan sekadar pandai mengungkapkan “aku cinta Allah” namun perlakuan menidakkan kata-kata.  Berkali-kali aku cuba bangkit, bangkit untuk hidup dalam landasan Islam darisegi apa pun.  Perbuatan, percakapan, pakaian, cinta, luaran, dalaman, semua.  Berkali-kali.  Namun untuk berubah tidak mudah seperti mengungkapnya.  Aku kerap kali jatuh dan terbangun. Bila hawa nafsu menguasai, aku rebah.  Namun bila iman jadi sandaran, aku kuat. Aku tetap cuba dan mencuba. Bermain dengan emosi, melawan diri sendiri. Hingga terkadang timbul perasaan sangsi, masihkah Allah mendengar rintihan ku ini? Sedangkan kerap kali aku datang dan pergi daripada-Nya. 

Ampunkan aku ya Rabb.
“   Tiada duka yang abadi di dunia,
     tiada sepi merantaimu selamanya..
     Malam kan berakhir, hari kan berganti,
     takdir hidup kan dijalani..
     Tangis dan tawa nyanyian yg mengiringi,
     hati yang rindu tanda cinta di jalan-Nya,
     namun ku percaya hati meyakini,
     semua akan indah pada akhirnya..
     Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang,
     andai bisa perbaiki segala yang terjadi..
     Tapi waktu tak berhenti,
     tapi detik tak kembali,
     Harap ampunkan hamba-Mu ini..      “


Akhirnya aku mendapat jawapan pada persoalan ku. Kerna itu fitrah manusia. Fitrah manusia yang tidak akan pernah lekang daripada melakukan kesilapan, fitrah manusia yang sentiasa ingin menyayangi dan disayangi hingga terkadang melebihi kasih sayangnya pada Pencipta kita sendiri, fitrah manusia yang memang tidak akan pernah sempurna. Ya, tidak akan pernah sempurna. Itulah jawapannya. Namun, sesekali tidak akan aku jadikan 'fitrah' itu sebagai modal untuk aku melakukan kesalahan. Malah itulah kekuatan ku kini untuk aku kembali kepada-Nya. Kerna aku hanya manusia biasa, fitrah ku yang penuh dengan kelemahan dan ketidaksempurnaan yang memerlukan Pencipta ku untuk sentiasa membimbing 'jalan' ini.

Alhamdulillah, kini hati ini makin meyakini-Nya detik demi detik. Makin banyak bermuhasabah diri. Makin sedar bahawa hidup ini hanyalah suatu perjalanan yang singkat. Makin mengerti ujian itu tanda Dia menyayangi kita. Makin ikhlas dalam menerima takdir-Nya. Makin meghargai segala nikmat yang Engkau kurniakan. Makin melepaskan cinta pada manusia demi mencari redha-Nya. Makin yakin Allah lah Perancang yang terbaik buat diri ini. Makin berpegang teguh pada tali ALLAH. Dengan satu kepercayaan yang pasti, bermujahadah itu pahit, namun penghujungnya terdapat kemanisan yang tak tercapai dek akal. InsyaAllah.

Izinkan ntuk eqa sama-sama berkongsi, sebuah link video yang pasti akan membuat airmata kita mengalir walau sekeras mana pun hati kita.  Hayatilah  :

http://www.youtube.com/watch?v=02cvqD6t3s8&feature=related/


Wahai Pemegang hati-hati kami,

Izinkan hari ini aku bahagia ya Allah, bahagia menjadi saksi kembali aku pada fitrah ku sebagai hamba ciptaan-Mu ya Allah. Ya Rahman ya Rahim, aku takut aku jauh dari-Mu. Walaupun aku mengaku aku beriman kepada-Mu, tetapi sesungguhnya dalam diri ku yang terdalam aku tahu aku masih belum mengenal siapa Engkau, aku tahu aku masih jauh dari-Mu ya Allah.  Ampunkan hamba-Mu ini.  Berikan lah kekuatan pada ku di sepanjang perjalanan ku menuju-Mu. Tetapkanlah aku hanya pada jalan-Mu, jalan yang benar-benar Engkau redhai.  Peluklah hatiku, lindungiku dari putus asa pada-Mu.


Amin, amin, amin ya Rabbal alamin.


Thursday, 26 July 2012

Another Journey Began

Bismillah..

lamanya x buka blog..huhu..ada orang tanya, kenapa eqa x update blog..jawapannya, sebab blog bukan tempat ntuk eqa meluahkan semua tentang kisah hidup eqa..as simple as that..;D

Alhamdulillah, a few month had passed..and now im officially graduated from Universiti Malaysia Terengganu in Bachelor of Applied Science Physics Electronic & Instrumentation..fuhhh, kemain panjang! haha..dan saat menulis ni, eqa dah berjaya jejakkan kaki di Universiti Malaya..jadi Research Assistant dan insyaAllah bulan 9 ni pursue Master in Science (Physics).

syukur ya Tuhan, atas segala nikmat yang Kau berikan..moga aku mampu menjalankan amanah yang Kau berikan setulusnya.



AMIN YA RABB..:)

 
 

Tuesday, 8 May 2012

Buatmu Teman..:)

Dengan BISMILLAH ku bermula..
Bingkisan hati buatmu teman yang dikasihi..

Kita bersama dalam satu ikatan, bermula episod hidup di dunia ini..
Ku harap hanyalah di dunia di rahmati dan di redhai..
Selamat sejahtera di syurgawi..

Oh Tuhan satukan lah hati kami dalam menyintai..
Redha atas ujian yang diberi, jauhkan lah kami dari rakus mengejar duniawi..
Hidup mati biarlah untuk-Mu..
Harap dunia hanyalah di tangan bukannya di hati untuk dicintai..

Kita di cipta sebagai khalifah, bersama kita hidup untuknya..
Kita di cipta di dunia fana ada amanah yang tersedia..
Tuhan itu harus di utama dari segala kepentingan dunia..
Bergandingan kita memburu cinta-NYA..




Ya ALLAH, Kau satukan lah hati-hati kami..memohon kasih-Mu oh Tuhan dalam mengharap redha dari-Mu..:)



-Hijjaz- SATU AMANAH