Bismillah.
Mood menulis datang lagi, walau kerja bertimbun. owyeah! ;pSee, think and learn.
" sesungguhnya walau ku kutip semua permata di dasar lautan,
sesungguhnya walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langit-Mu,
namun cinta takkan hadir, namun rindu tak akan berbunga,
jika tidak mengharap rahmat- Mu, jika tidak menagih simpati pada-Mu ya Allah "
" syurga yang dijanjikan bukanlah suatu khayalan, tentang nikmat berpanjangan Illahi,
neraka yang tercipta menghimpun azab derita, tangisan kesengsaraan insan.
siapakah yang lebih mulia dari mereka yang tidak lupa janji Allah adalah kepastian? "
Manusia ramai, berjuta, berbillion2, bermillion2, ber ber berrrr. Jadi hidup, kalau nak puaskan nafsu semua manusia, memang siapa pun TAK AKAN mampu. TAPI, Allah hanya ada SATU SAHAJA, tiada yang selainnya. Jadi, ntuk kita 'puaskan' hati Allah, amatlah senang.
Tapi lumrah manusia, akan selalu ingkar bila disuruh, akan ada ego menghalang, akan ada perasaan 'mahu tapi malu'. Nak berubah, tapi takut kata2 orang sekeliling. Sedangkan dia hamba Allah, aku hamba Allah, dan engkau pun hamba Allah.
Pada aku, hidup ni simple je. Jangan 'complicated' kan ia hingga kita sukar nak bergerak. Tapi jangan juga terlalu 'simple' kan ia hingga kita lupa batas2 Islam. Sebab Islam penuh dengan keterbatasan, yang hanya disenangi orang2 beriman.
Semua nak masuk syurga, tapi sejauh mana kita faham dan cuba ikut perintah Allah?
Jangan jadikan diri kita terikat, sebab Islam suatu keikhlasan bukan keterpaksaan. Jangan jadi hipokrit ntuk tidak memerlukan dunia, sebab kita berada di dunia sekarang ni sebelum ke 'sana'. Kejarlah dunia, tapi berpandukan kompas akhirat. Apa lagi yang lebih membahagiakan selain berjaya di kedua-duanya? akhirat dan dunia. Allahuakbar, itu yang aku impikan!
Ntuk kata aku benar2 dekat dengan Allah, terlalu jauh ntuk itu. Dan ntuk kata Allah dekat dengan aku, itu tiada siapa boleh sangkal. Sebab Dia sentiasa bersama hamba2-Nya setiap detik. Cuma hamba2-Nya yang selalu lupakan Dia, termasuk aku sendiri. ;(
Biarlah luaran aku keduniaan, asal nama Allah sentiasa tersemat di hati ini. Aku hanya ingin jadi manusia biasa, tapi luar biasa pada pandangan Allah. Cuba, cuba, dan cuba lagi, hingga akhir nafas ini.
Isbir ya Qalb!



