Akhir-akhir ni aku kerap bermusafir, bukan pergi ke luar, tapi
perjalanan ke dalam diri ku sendiri. Aku meneroka hidup yang aku jalani
sejak aku di lahirkan, hingga usia mencecah 22 tahun ni. Dan akhirnya,
satu soalan aku timbulkan pada diri sendiri, KENAPA? Kenapa aku melakukan semua
yang pernah aku lakukan sepanjang aku hidup ni.
Berkali-kali Allah berikan petunjuk untuk aku dekat pada-Nya.
Untuk menyintai Allah dengan sebenar-benar cinta, mengutamakan pandangan Dia
melebihi pandangan hamba-hambaNya. Bukan sekadar pandai mengungkapkan
“aku cinta Allah” namun perlakuan menidakkan kata-kata. Berkali-kali aku
cuba bangkit, bangkit untuk hidup dalam landasan Islam darisegi apa pun.
Perbuatan, percakapan, pakaian, cinta, luaran, dalaman, semua.
Berkali-kali. Namun untuk berubah tidak mudah seperti
mengungkapnya. Aku kerap kali jatuh dan terbangun. Bila hawa nafsu
menguasai, aku rebah. Namun bila iman jadi sandaran, aku kuat. Aku tetap
cuba dan mencuba. Bermain dengan emosi, melawan diri sendiri. Hingga terkadang
timbul perasaan sangsi, masihkah Allah mendengar rintihan ku ini? Sedangkan
kerap kali aku datang dan pergi daripada-Nya.
Ampunkan aku ya Rabb.
“
Tiada duka yang abadi di dunia,
tiada sepi merantaimu selamanya..
Malam kan berakhir, hari kan berganti,
takdir hidup kan dijalani..
Tangis dan tawa nyanyian yg mengiringi,
hati yang rindu tanda cinta di jalan-Nya,
namun ku percaya hati meyakini,
semua akan indah pada akhirnya..
Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang,
andai bisa perbaiki segala yang terjadi..
Tapi waktu tak berhenti,
tapi detik tak kembali,
Harap ampunkan hamba-Mu ini.. “
Akhirnya aku mendapat jawapan pada persoalan ku. Kerna itu fitrah
manusia. Fitrah manusia yang tidak akan pernah lekang daripada
melakukan kesilapan, fitrah manusia yang sentiasa ingin menyayangi dan
disayangi hingga terkadang melebihi kasih sayangnya pada Pencipta kita
sendiri, fitrah manusia yang memang tidak akan pernah sempurna. Ya,
tidak akan pernah sempurna. Itulah jawapannya. Namun, sesekali tidak
akan aku jadikan 'fitrah' itu sebagai modal untuk aku melakukan
kesalahan. Malah itulah kekuatan ku kini untuk aku kembali kepada-Nya.
Kerna aku hanya manusia biasa, fitrah ku yang penuh dengan kelemahan
dan ketidaksempurnaan yang memerlukan Pencipta ku untuk sentiasa
membimbing 'jalan' ini.
Alhamdulillah, kini hati ini makin meyakini-Nya detik demi detik. Makin banyak bermuhasabah diri. Makin sedar bahawa hidup ini hanyalah suatu perjalanan yang singkat. Makin mengerti ujian itu tanda Dia menyayangi kita. Makin ikhlas dalam menerima takdir-Nya. Makin meghargai segala nikmat yang Engkau kurniakan. Makin melepaskan cinta pada manusia demi mencari redha-Nya. Makin yakin Allah lah Perancang yang terbaik buat diri ini. Makin berpegang teguh pada tali ALLAH. Dengan satu kepercayaan yang pasti, bermujahadah itu pahit, namun penghujungnya terdapat kemanisan yang tak tercapai dek akal. InsyaAllah.
Izinkan ntuk eqa sama-sama berkongsi, sebuah link video yang pasti akan membuat airmata kita mengalir walau sekeras mana pun hati kita. Hayatilah :
http://www.youtube.com/watch?v=02cvqD6t3s8&feature=related/

Wahai Pemegang hati-hati kami,
Izinkan hari
ini aku bahagia ya Allah, bahagia menjadi saksi kembali aku pada fitrah ku
sebagai hamba ciptaan-Mu ya Allah. Ya Rahman ya Rahim, aku takut aku jauh
dari-Mu. Walaupun aku mengaku aku beriman kepada-Mu, tetapi sesungguhnya dalam
diri ku yang terdalam aku tahu aku masih belum mengenal siapa Engkau, aku tahu
aku masih jauh dari-Mu ya Allah. Ampunkan hamba-Mu ini. Berikan lah
kekuatan pada ku di sepanjang perjalanan ku menuju-Mu. Tetapkanlah aku hanya pada jalan-Mu, jalan yang benar-benar Engkau redhai. Peluklah hatiku,
lindungiku dari putus asa pada-Mu.
Amin, amin, amin ya Rabbal alamin.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.