Almost a week..aku sendiri tak tau how to describe my
feeling, what I feels inside..tenang, bahagia, sebak, hati aku sayu..
Bermulanya semua ni dengan satu peristiwa..yang hanya aku
perlu tau..entah kuasa apa yang menguatkan aku, aku tekad..dalam hatiku berkata
“eqa, you should change starting from now!”..dan malam tu, aku iron sepasang
baju kurung berwarna merah, aku ambil semula tudung bidang 55 yang dah lama aku
beli tapi tak pernah aku berani pakai..siap iron semua, aku ambil wudhuk, baca
doa, dan tidur dalam zikrullah..
Bangun keesokan hari, aku seolah2 seperti bermimpi..aku fikir, eh betul ke aku ni? Sekali aku melangkah, aku tak boleh berpatah balik..ahhh tak, aku tekad dan takkan berpaling lagi..lepas solat subuh, aku sarungkan baju kurung seperti biasa, dan part paling aku rasa nak menangis……..aku sarungkan tudung labuh tu ke kepala..ALLAHURABBI..aku seperti lihat seorang Zulaikha yang baru..mungkin tak cantik bagi mata orang lain, tapi cantik pada pandangan Allah..tertutup, tak ada satu aurat pun yang terdedah..aku tahu, Allah suka Zulaikha yang ini berbanding dulu..
Sejujurnya, kadang2 aku rasa macam nak turn back..billa tengok banyak baju2 fesyen yang baru2 dan cantik2 aku beli, tudung2..kalau di kira, maunya beribu ntuk semua tu..tapi, biarlah..makin aku fikir, makin hatiku kuat berkata “no, ini yang kau nak eqa, ini yang Allah redha”..pahala yang akan aku peroleh, lebih jauh besarnya di akhirat kelak berbanding nikmat dunia yang sementara ni..
Masuk lab, senior2 Master and Phd pandang..tapi aku buat tak
tahu je..kikiki..dalam diam, aku nampak mereka tersenyum..tapi satu benda yang buat aku rasa nak gelak, 3hari aku bertudung labuh, ma TAK PERNAH PERASAN!..haha..hadui..aku pergi UM, dia tengah solat sunat, aku balik UM, dia tengah sibuk masak..jadi memang takkan perasan..suatu malam tu kami keluar makan, baru dia perasan..tapi dia senyap, hanya pandang aku..pagi keesokan harinya, aku terjaga awal pagi, jam 3 lebih..aku nampak ma solat tahajjud, menangis..ini je aku mampu, jadi anak solehah buat ma dan abah..walau dia tak pernah berkata, tapi aku tahu, dia sangat gembira..:)
Satu sebab yang buat aku tekad sebenarnya, aku ingin redha
Allah ntuk diri dan jaga diri hanya ntuk insan bergelar suami..diri ini, hanya
perhiasan ntuk suamiku kelak..mahkota diri ini, hanya boleh dilihat oleh
suamiku SAHAJA..akan aku jaga dengan rapi, hanya ntuk dia..aku tidak boleh merubah dia, tapi aku boleh merubah diri sendiri ntuk jadi yang terbaik buat dia..
Aku berubah bukan ntuk sesiapa, hanya ntuk Allah..cukuplah
pandangan Allah, aku tak memerlukan pandangan makhluk lain, yang tiada apa
kelebihan pun berbanding aku, yang hanya sama diciptakan oleh Dia..hidup ni tak
lama, mungkin esok lusa aku akan pergi..sekurang2nya aku telah ikut satu
suruhan dia, cuba menjadi wanita solehah..wanita cerdik yang solehah, impian
aku..moga Allah permudahkan jalan ini dan aku mampu istiqamah dalam penghjrahan ini..:)
Inilah MAHAR ku ntuk MU TUHAN, atas segala nikmat yang Engkau kurniakan selama ini..terima kasih kerana Engkau memilih ku, kerana Engkau mengetuk pintu hati ini..
Peluklah hatiku ya Rabb,
Terima kasih..........
Peluklah hatiku ya Rabb,
Terima kasih..........





No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.