Friday, 3 May 2013

Bahagia itu Pilihan

Bismillah.

Harini macam lapang sangat (serius hipokrit). ngehe. Dah beberapa hari rasa lemah, lemah dengan kerja2 yang bertimbun.  Tapi bila kekuatan yang diminta melalui yang Maha Kuat, alhamdulillah rasa itu pergi perlahan-lahan.

Politik, politik, politik. MUAK! Dalam scroll2 baca post2, tiba2 ternampak sesuatu. Sesuatu yang buat aku senyum dan geleng kepala. Dalam pada semua sibuk tentang mengundi esok, ada jugak yang berjiwang2 tentang cinta. Pun boley. haha.

C . I . N . T . A . :')

Teringat pernah seseorang kata pada ku " saya tahu walau cane pun, awak akan tetap sedih bila tengok kawan2 lain couple. mesti rasa cemburu walaupun sikit kan ".  Tentang rasa hati, hanya Allah yang mampu mengerti.  Mungkin ada rasa cemburu tu, tapi rasa tu pergi begitu sahaja bila aku tahu apa yang aku inginkan.

Bila susah tiada gelisah, bila miskin syukur pada Tuhan, bila sakit tiada resah di jiwa. Bahagia itu pilihan, dan pilihan ada di tangan kita ntuk menentukan.  Jika benar cinta, lepaskan pada yang Maha Berkuasa ntuk menentukan.  Yang terbaik pasti menjadi milik kita, yang tidak baik pasti degantikan dengan yang lebih baik.  Tidak perlu bersedih pada sesuatu yang tidak layak buat kita, kerna kesedihan dan kekecewaan itu lambang ketidakredhaan kita pada ketentuan Illahi.  Sebenarnya, tiada istilah "tidak boleh lupa" dalam hidup ini.  Kita boleh, dengan syarat, kita berbalik pada ALLAH.  Yang tidak mungkin menzalimi hambanya.  Tuhan telah berfirman, " Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang. " =)

Percayalah, jika diri benar2 letakkan ALLAH di hati.  Rasa sedih, kecewa, terluka, marah, dendam, akan hilang dengan sendirinya.  Ntuk apa di berati dunia yang sementara ni, kerna yang menanti di akhirat sana jauh lebih manis nikmatnya.  Mungkin DULU aku lupa tentang hakikat itu, tapi kini aku benar2 mengerti makna hidup yang sebenar. Tawakal pada Nya dengan sebenar2 tawakal, biar atas urusan apa pun, ketenangan hati akan diperolehi.



Aku berkata bukanlah bermakna aku sempurna.  Namun inilah yang aku rasai.  Usah terlalu bersedih dengan dunia, kerna kehidupan ini sendiri adalah suatu ujian.  Senyum, senyum dan senyum.  Serahkan cinta pada al-Haq ntuk diserahkan cinta itu pada hati2 insan yang terpilih buatmu. 

Dan menjawab pertanyaan sahabat di atas tadi. (^_^).  Cinta itu suci, dan aku tidak ingin mengotori kesucian itu lagi dengan bercinta dengan yang bukan halal lagi.  Aku tidak pernah rasa kesunyian dikelilingi keluarga yang penyayang dan sahabat2 yang baik, dan yang utama, Dia di atas sana. Ikhtilat antara lelaki dan perempuan terlalu banyak yang perlu dijaga, dan aku takut aku tidak mampu menjaga batas2 itu jika bercinta.  Hati, diri, dan cinta, biarlah yang berhak sahaja bisa merasai.  Menjaga maruah keluarga, persiapkan diri ntuk menjadi isteri terbaik di mata suami, dan menikmati manisnya kasih sayang Nya, lebih memberikan ku kebahagian dari membiarkan tangan yang bukan halal menyentuh diri, berangan2 kosong pada masa depan yang tidak pasti, dan cinta manusia yang..........



Lelaki yang benar2 jujur menyintai kerna Allah tidak akan pernah mengajak kamu ke arah neraka.  Sebaliknya dia akan berterus terang dan mengajak kamu ke arah syurga.  Itu yang aku tunggu.  Ada ke? Oh, mesti ada!  Janji Allah tidak pernah dimungkiri.


Bahagia itu hanya akan diperoleh jika di hati tersemat,
ALLAH, I LOVE YOU! =)


Saturday, 23 February 2013

Isi Hati (Part I)

Bismillah.

Hmm, tak tau lah kenapa, makin banyak kerja, makin diri ni rajin nak update blog. Kalaulah setiap update ni ibarat satu paper yang boleh publish journal, dah boleh convert phd dah ni. hehe.

" bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang,
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang,
luahkan isi hati,
andainya sudah ditakdir tadi subuh yang terakhir "

by Rabbani, 'Subuh Yang Terakhir'


Ma suka sangat dengar lagu ni. Kalau pasang, wajib rewind balik. WAJIB ok wajib. haha. Bila amati bait liriknya, punya maksud yang sangat mendalam. Bila kali terakhir kau ucapkan sayang pada insan yang kau sayangi? Bila ea. hmm. Tak ingat, serius. Kejap, erk. err. Pernah ke?? hee.

Mungkin tadi, esok, atau lusa akan menjadi subuhku yang terakhir, moga ini dapat dijadikan kenangan. (^_^)



Introduce,
Of course, my beloved ma and abah. VVVVVVVVVIP hidup ni. Puan Wan Asmat Binti Haji Sulaiman, dan Allahyarham Tuan Mohd Yusof Bin Mohd Nor. 

Gamba ni di ambil waktu last hari raya aidilfitri abah bersama kami, tahun 2009. Miss you abah, can't wait to see you again 'later', insyaAllah. =)





note: gambar2 ma memang kebanyakan akan masam, sebab ma tak suka bergambar. bukan salah kamera. harap maklum





Here we go, heroes of our family, my big bro.




All of them are married man, except for the youngest one.


4 adik beradik atas dah berkahwin, and guess what? semua ipar2 ore klate kito. jeng jeng jeng. 
yang 4 bawah ni not sure yet, just wait and see. huhu.



Setiap kali waktu public or school holiday, akan timbul plan ntuk bercuti, berpicnic dan seangkatan dengannya. Pantang! haha. Buktinya ~







Lokasi: Pulau Langkawi (2011)

aktiviti: Pusing area pulau, aktiviti pantai, n dot dot dot. tak ingat. huhu






Lokasi: Sungai/air terjun Kemensah (2012)
aktiviti: main air, makan, main air, makan bla bla bla



Lokasi: Cameron Highland (2012)
aktiviti: tak ingat, pusing Cameron yang pasti. hihi




 Lokasi: Melaka (2012)
aktiviti: Pusing Melaka, aktiviti pantai, bbq








Lokasi: Janda Baik (2013)
aktiviti: Game kanak2 riang, aktiviti sungai, bbq, pusing Fraser Hills





Hari raya Aidilfitri tahun 2011 a.k.a holiday di Pantai Irama, Bachok.





my Convocation Day as a degree holder last year, held at Terengganu kiteee... ^_^



Ikutkan banyak lagi, but cukuplah setakat ni. Naik longuh doh tangan ni hah mengaplod. :D
 

Orang kata, makin ramai ahli keluarga makin banyak ragam dan susah ntuk berkumpul. Tapi sejujurnya, aku tak pernah merasakan itu. Setiap hujung minggu pasti kami 8 beradik akan berkumpul bersama, beriadah, menziarahi antara satu sama lain, makan2, bersukan dan sebagainya. Dan jika berkesempatan, kami akan melakukan tahlil ntuk arwah abah pabila berkumpul. Imamnya, tazkirahnya, semuanya disampaikan oleh abang2 ku sendiri. Itu yang paling aku syukuri, sungguh.




Dan keluarga ini dimeriahkan dengan kehadiran si shantek dan henshem sangattttt nih. ;p

Anak2 oteh~ 

Setiap keluarga, cara didikan dan pembesarannya lain. Yang pasti, aku sangat bersyukur dan rasa bertuah dilahirkan dalam keluarga ni. Di lahirkan oleh seorang ibu yang sentiasa menasihati kami supaya seimbang dunia jua akhirat. Dibesarkan dalam keluarga yang berjaya di dunia, dan dengan izin Allah selari dengan akhirat. InsyaAllah. =)

NOTHING can be compared with her smile!


Antara kenangan2 terindah bersama saudara2 yang mengiringi suka duka perjalanan diri ini menuju-Nya. Moga ukhuwah ini akan makin utuh dan kekal hingga ke Jannah-Nya kelak. amin, amin, amin ya Rabbal alamin.

" Lafazkan rasa cinta andainya sudah di takdir tadi subuh yang terakhir. " - I LOVE YOU! =)


With hugs,
Zulaikha Yusof


Wednesday, 9 January 2013

Life is Simple

Bismillah.
Mood menulis datang lagi, walau kerja bertimbun. owyeah! ;p

See, think and learn.

    " sesungguhnya walau ku kutip semua permata di dasar lautan,
      sesungguhnya walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langit-Mu,
      namun cinta takkan hadir, namun rindu tak akan berbunga,
      jika tidak mengharap rahmat- Mu, jika tidak menagih simpati pada-Mu ya Allah "

    " syurga yang dijanjikan bukanlah suatu khayalan, tentang nikmat berpanjangan Illahi,
      neraka yang tercipta menghimpun azab derita, tangisan kesengsaraan insan.
      siapakah yang lebih mulia dari mereka yang tidak lupa janji Allah adalah kepastian? "


Manusia ramai, berjuta, berbillion2, bermillion2, ber ber berrrr. Jadi hidup, kalau nak puaskan nafsu semua manusia, memang siapa pun TAK AKAN mampu. TAPI, Allah hanya ada SATU SAHAJA, tiada yang selainnya. Jadi, ntuk kita 'puaskan' hati Allah, amatlah senang. 

Tapi lumrah manusia, akan selalu ingkar bila disuruh, akan ada ego menghalang, akan ada perasaan 'mahu tapi malu'. Nak berubah, tapi takut kata2 orang sekeliling. Sedangkan dia hamba Allah, aku hamba Allah, dan engkau pun hamba Allah.

Pada aku, hidup ni simple je. Jangan 'complicated' kan ia hingga kita sukar nak bergerak. Tapi jangan juga terlalu 'simple' kan ia hingga kita lupa batas2 Islam. Sebab Islam penuh dengan keterbatasan, yang hanya disenangi orang2 beriman. 



Semua nak masuk syurga, tapi sejauh mana kita faham dan cuba ikut perintah Allah?


Jangan jadikan diri kita terikat, sebab Islam suatu keikhlasan bukan keterpaksaan. Jangan jadi hipokrit ntuk tidak memerlukan dunia, sebab kita berada di dunia sekarang ni sebelum ke 'sana'. Kejarlah dunia, tapi berpandukan kompas akhirat. Apa lagi yang lebih membahagiakan selain berjaya di kedua-duanya? akhirat dan dunia. Allahuakbar, itu yang aku impikan!

Ntuk kata aku benar2 dekat dengan Allah, terlalu jauh ntuk itu. Dan ntuk kata Allah dekat dengan aku, itu tiada siapa boleh sangkal. Sebab Dia sentiasa bersama hamba2-Nya setiap detik. Cuma hamba2-Nya yang selalu lupakan Dia, termasuk aku sendiri. ;(


Biarlah luaran aku keduniaan, asal nama Allah sentiasa tersemat di hati ini. Aku hanya ingin jadi manusia biasa, tapi luar biasa pada pandangan Allah. Cuba, cuba, dan cuba lagi, hingga akhir nafas ini.

Isbir ya Qalb!